Sebelum membuat tempahan pesanan, sila baca terma dan syarat dahulu ya!
1. Satu tempahan pesanan adalah untuk satu design. Design yang sama boleh tukar jenis warna, perkataan dan nombor sahaja. Kuantitinya akan dikira dalam satu tempahan pesanan.
2. Sekiranya design yang berlainan, sila buat tempahan pesanan yang baru. Kuantiti bagi design yang berlainan tidak boleh dicampur aduk melainkan pelanggan memilih untuk perkhidmatan membuat button badge tanpa printing (pelanggan print sendiri).
3. Warna button badge pada screen komputer mungkin akan berbeza sedikit dari warna sebenar kerana perbezaan setting pencahayaan computer display.
4. Wang tidak akan dikembalikan ke atas barang yang telah dijual.
5. Penghantaran melalui pos adalah mengikut berat button badge. Kos pos atau perbelanjaan bagi self collect adalah ditanggung oleh pelanggan.
6. NJ Button Badge tidak akan bertanggungjawab pada sebarang kerosakan, kehilangan dan kelewatan sewaktu penghantaran melalui pos atau selepas penyerahan barang jualan tersebut kepada pelanggan/wakil pelanggan (bagi self collect).
7. Proses pembuatan tempahan pesanan akan bermula setelah 50% deposit (untuk jumlah tempahan pesanan melebihi RM50 dan tidak termasuk kos pos) telah dibayar oleh pelanggan.
8. Bagi jumlah tempahan pesanan kurang dari RM50, pelanggan perlu membayar penuh sebelum proses pembuatan tempahan pesanan akan bermula.
9. Setelah pelanggan membayar deposit/penuh, sebarang apa-apa pertukaran design, warna, gambar, perkataan, huruf atau nombor dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Maka, pelanggan perlu mengesahkan design dengan betul-betul dan berpuas hati sepenuhnya sebelum membuat bayaran deposit/penuh.
10. Tempoh pembuatan button badge adalah sekurang-kurang 2 minggu bermula dari:
- penerimaan pembayaran deposit/penuh dari pelanggan sebagaimana dalam terma & syarat no. 7 & 8; dan
- penerimaan printed design dan/atau material oleh NJ Button Badge bagi perkhidmatan Special Service A dan B, jika berkenaan.
11. Tempoh pembuatan adalah tidak termasuk hari penerimaan tempahan siap oleh pelanggan sama ada secara pos atau self collect.
12. Tempahan pesanan yang telah siap akan dihantar melalui pos atau diserahkan kepada pelanggan/wakil pelanggan (bagi self collect) setelah jumlah pembayaran penuh (termasuk kos pos) telah diterima.
13. NJ Button Badge tidak boleh dipersalahkan kerana:
- kelewatan dalam menyiapkan tempahan sekiranya tempahan pesanan adalah 'last minute' iaitu dikira kurang 2 minggu dari pengesahan design dan pembayaran deposit/penuh diterima
- kelewatan oleh PosLaju atau mana-mana perkhidmatan pos dan kekangan pos
- kelewatan kerana ketidak sesuaian waktu untuk self collection.
14. Terma & syarat NJ Button Badge untuk tempahan pesanan bagi perkhidmatan Special Service A dan B:
a. Kos penghantaran printed design button badge dan/atau material kepada NJ Button Badge adalah ditanggung oleh pelanggan.
b. NJ Button Badge hanya akan caj material dan upah untuk perkhidmatan Special Service A.
c. NJ Button Badge hanya akan caj kos upah untuk perkhidmatan Special Service B.
d. NJ Button Badge tidak akan menanggung sebarang kerosakan ke atas printed design memandangkan design telah dicetak oleh pelanggan sendiri. Oleh itu, pelanggan digalakkan untuk print design tersebut lebih dari jumlah yang dikehendaki.
e. NJ Button Badge juga tidak akan menanggung sebarang kerosakan ke atas material pelanggan. Oleh itu, pelanggan digalakkan untuk menyediakan material dalam kuantiti yang lebih dari jumlah yang dikehendaki.
f. NJ Button Badge hanya akan membuat mengikut jumlah kuantiti yang dikehendaki. Sekiranya terdapat material dan printed design yang berlebihan, NJ Button Badge akan memulangkan kembali kepada pelanggan.
g. NJ Button Badge hanya akan caj mengikut kuantiti yang telah siap sempurna sama ada kurang (disebabkan kerosakan) atau sama dengan jumlah kuantiti yang dikehendaki.
h. NJ Button Badge akan caj material (mengikut harga jualan material yang telah ditetapkan oleh NJ Button Badge) sekiranya pelanggan setuju untuk menggunakan material NJ Button Badge sekiranya material yang disediakan oleh pelanggan tidak mencukupi.
15. NJ Button Badge akan menghormati permintaan pelanggan dalam melindungi hak peribadi gambar. NJ Button Badge tidak akan menayangkan gambar peribadi pelanggan sekiranya pelanggan tidak setuju untuk digunakan selain dari pembuatan button badge dan akan membuang gambar tersebut setelah tempahan pesanan siap.
16. NJ Button Badge berhak untuk mengambil gambar button badge yang telah siap dan mengambil idea dari printed design pelanggan (kecuali gambar peribadi pelanggan yang tidak dipersetujui) untuk koleksi album dan tujuan promosi di dalam blog ini.
17. Mana-mana button badge yang rosak adalah hak milik NJ Button Badge dan boleh digunakan untuk tujuan promosi oleh NJ Button Badge (kecuali button badge dengan gambar peribadi pelanggan yang tidak dipersetujui). Ini juga termasuk bagi perkhidmatan Special Service A dan B.