Proses Tempahan

Proses tempahan pesanan bermula setelah pelanggan setuju dengan terma dan syarat NJ Button Badge. Sila baca terma dan syarat sebelum pelanggan membuat sebarang tempahan pesanan.

Kemudian, berhubunglah dengan NJ Button Badge melalui e-mail di njbuttonbadge@hotmail.my untuk tempahan pesanan bermula dengan proses-proses berikut:

1) Emailkan butiran dan tempahan pesanan anda:
a. Nama Penuh
b. No. Telefon
c. Alamat untuk penghantaran secara pos (kecuali self collect)
d. Kuantiti tempahan
e. Kod design (jika pelanggan memilih pre-design NJ Button Badge dalam Album page)
f. Bahan untuk design seperti gambar atau design buatan pelanggan sendiri dalam bentuk jpeg, jpg, gif, png atau psd.
g. Pilihan bank pembayaran (CIMB, BIMB, HLB, PBB, MBB)

2) NJ Button Badge akan membuat modifikasi pada design tersebut kecuali design buatan pelanggan sendiri. Bagi tempahan dengan design buatan sendiri serta perkhidmatan Special Service A dan B, teruskan ke langkah no. 5.

3) Design yang telah dimodifikasi akan dihantarkan kembali kepada pelanggan untuk diteliti dan pengesahan pelanggan.

4) Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan design tersebut, invois akan dikeluarkan untuk pembayaran.

5) Invois yang dikeluarkan akan menyatakan butiran berikut:
- kuantiti tempahan
- kod design serta sample gambar button badge yang lengkap
- no akaun bank NJ Button Badge mengikut bank pilihan pelanggan. Pembayaran yang diterima adalah secara online banking (fund transfer) atau COD jika dalam kawasan Johor Bahru atau Melaka.
- Tarikh akhir sah tempahanan (selepas 2 hari tiada pembayaran sebagaimana terma dan syarat no. 6, tempahan ini akan terbatal)
- Alamat NJ Button Badge untuk penghantaran printed design dan/atau material bagi perkhidmatan Special Service A dan B
- No. telefon NJ Button Badge untuk dihubungi bagi penghataran printed design dan/atau material bagi perkhidmatan Special Service A dan B secara by hand

6) Pelanggan perlu mengesahkan tempahan dan membayar ke atas invois yang telah dikeluarkan dalam masa 2 hari sahaja:
a. 50% deposit dari jumlah harga tempahan pesanan yang melebihi RM50 (tidak termasuk kos pos); atau
b. penuh untuk jumlah harga tempahan pesanan kurang dari RM50 (tidak termasuk kos pos).

Setelah bayaran deposit/penuh diterima, pelanggan tidak boleh menukar design lagi.

7) Proses pembuatan button badge dijalankan (tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu). Bagi perkhidmatan Special Service A dan B, proses pembuatan button badge bermula apabila printed design dan/atau material telah diterima oleh NJ Button Badge.

8) Setelah siap, pelanggan akan diberitahu. NJ Button Badge akan menimbang berat tempahan yang telah siap untuk mengira kadar bayaran kos pos, jika berkenaan.

9) Pelanggan dikehendaki membayar penuh baki dari invois yang telah dikeluarkan dan kos pos. Bagi yang self collect, boleh membayar baki invois sewaktu collection (COD).

10) Setelah pembayaran diterima, tempahan akan diposkan menggunakan khidmat PosLaju atau self collect by hand jika pelanggan/wakil pelanggan.

11) Bagi penghantaran melalui PosLaju, tracking number akan disiarkan dalam Tracking No. page.